FSKKP - Official Portal

FACULTY OF COMPUTER SYSTEMS & SOFTWARE ENGINEERING (FSKKP)

Frequently Asked Questions (FAQ)

  • Question 1:
     

    Berapa banyakkah program ijazah sarjana muda ditawarkan di Fakulti ini?

    Answer 1:
      Pada masa sekarang, pihak Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) mempunyai 3 program peringkat Ijazah Sarjana Muda iaitu:
    1. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan kepujian
    2. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Komputer & Rangkaian) dengan kepujian
    3. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Grafik & Teknologi Multimedia) dengan kepujian

  • Question 2:
     

    Saya hendak bertanyakan samada pihak FSKKP ada menawarkan program sarjana secara kerja kursus di FSKKP, UMP.

    Answer 2:
      Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) ada menawarkan Program Sarjana secara Kerja Kursus iaitu:
    1. Sarjana Sains (Kejuruteraan Perisian)
    2. Sarjana Sains (Rangkaian Komputer)
    3. Sarjana Sains (Teknologi Maklumat & Komunikasi)

  • Question 3:
     

    Apakah syarat-syarat kemasukkan ke program diploma di fakulti ini?

    Answer 3:
      Syarat-syarat masuk program Diploma Sains Komputer di Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) adalah:

    SYARAT AM UNIVERSITI
    Lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya KEPUJIAN (GRED C) dalam Bahasa Melayu.

    SYARAT KHAS PROGRAM
    1. Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI
    2. Lulus dengan memiliki Sijil atau setaraf dalam bidang berkaitan dari Institusi yang diiktiraf oleh Senat Universiti dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00
    3. Calon tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja-kerja amali
    4. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM

  • Question 4:
     

    Apakah syarat-syarat kemasukkan program ijazah sarjana muda sains komputer di Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP), UMP ?

    Answer 4:
      Bagi syarat-syarat kemasukkan program ijazah sarjana muda sains komputer di Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP), UMP adalah seperti berikut:
    1. Bagi lepasan STPM, sila <klik sini>
    2. Bagi lepasan Diploma, sila <klik sini>
    3. Bagi lepasan Matrikulasi, sila <klik sini>

  • Question 5:
     

    Saya berminat untuk menyambung pengajian peringkat Sarjana Sains (Kejuruteraan Perisian) secara kerja kursus di Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP), UMP. Bagaimana cara saya hendak memohon untuk program berkenaan ?

    Answer 5:
      Bagi mendaftar untuk proses kemasukkan ke peringkat Sarjana Sains (Kejuruteraan Perisian) secara kerja kursus di Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP), UMP, tuan/puan boleh membuat permohonan secara online melalui laman web http://ips.ump.edu.my/index.php/application.html. Segala prosedur berkaitan permohonan untuk kemasukkan ke program sarjana sains ada diterangkan di laman web berkenaan.

 

Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Sitemap | We are part of  ms ia logo

Faculty of Computer Systems & Software Engineering (FSKKP)
Universiti Malaysia Pahang
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang,
Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 2133 (Hotline) | Postgraduate: +609 549 2204 | Undergraduate: +609 549 2147 | Technical: +609 549 2157        
Fax: +609 549 2144 (Main) | Technical: +609 549 2156
Email: fskkp@ump.edu.my

ump-helpdeskUMP HELPDESK
Complaint / Feedback

ump-speakupSPEAKUP!
Let us know

Copyright © 2014 . Universiti Malaysia Pahang
Guide: For best desktop view, please use Internet Explorer 11 or above with resolution 1280 x 800 pixel.