FSKKP - Official Portal

FACULTY OF COMPUTER SYSTEMS & SOFTWARE ENGINEERING (FSKKP)

Dialog 3.0

 

1  2

Pada 7 Disember 2018 yang lepas, Persatuan Teknologi Komputer, Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian telah mengadakan program Dialog Bersama Dekan 3.0 di Dewan Astaka. Program yang diadakan pada hari Khamis malam, disertai oleh pelajar fakulti komputer dan barisan ahli persatuan telah dirasmikan oleh tetamu jemputan iaitu, Profesor Dr. Kamal Zuhairi bin Zamli, Dekan FSKKP dan Dr. Mohamad Fadli bin Zolkipli, Timbalan Dekan Akademik. Terdapat juga beberapa orang pensyarah fakulti komputer yang turut serta memberi sokongan dengan menghadiri program ini.

3  4

Program yang dijalankan ini adalah salah satu usaha ahli PETAKOM bertujuan untuk memberi semangat dan dorongan kepada semua pelajar fakulti komputer untuk terus berjaya dalam akademik. Selain itu, program ini juga dijadikan sebagai anugerah dan tanda penghargaan kepada para pelajar yang berjaya mengekalkan momentum mencapai keputusan akademik yang cemerlang iaitu anugerah dekan. Seterusnya, program ini juga bertujuan untuk pelajar berkongsi secara terus dengan pihak tertinggi fakulti berkaitan permasalahan yang dihadapi berkenaan fakulti. Program ini juga bertujuan untuk membuat penambahbaikan di atas permasalahan yang dikongsikan oleh para pelajar. Hal ini adalah untuk membuka ruang kepada pelajar untuk kenal lebih rapat dengan barisan tenaga pengajar fakulti komputer.

Program ini bermula dengan perarakan masuk tetamu-tetamu jemputan dan diteruskan dengan bacaan asmaul husna. Slot yang pertama merupakan slot ‘Sesi Dialog bersama Dekan’, yang dikendalikan oleh moderator majlis pada malam itu. Dekan dan Timbalan Dekan Akademik membuat perkongsian dan pendedahan tentang fakulti dan beberapa prosedur untuk menyelesaikan permasalahan yang dinyatakan oleh pelajar. Terdapat juga sesi soal jawab dimana pelajar mengajukan soalan kepada panel-panel jemputan. Setelah selesainya slot yang pertama, majlis diteruskan dengan slot pengenalan barisan Persatuan Teknologi Komputer kepada para pelajar fakulti komputer.

5  6

Selepas itu, pengerusi majlis mengendalikan sesi penyerahan sijil kepada pelajar yang berjaya mendapat dekan. Majlis disambung dengan penyampaian cenderahati kepada dekan fakulti. Akhir sekali, majlis ditamatkan dengan sesi pengambaran tetamu-tetamu jemputan dan para peserta.

Secara keseluruhannya, program ini dapat memberi peluang kepada pelajar dan pihak tertinggi fakulti untuk berinteraksi berkaitan pengetahuan, kekurangan dan penambahbaikan fakulti computer terutama dalam penggunaan makmal dan fasiliti. Inisiatif ini juga dapat menaikkan semangat para pelajar untuk konsisten dengan pencapaian yang sedia ada serta mempertingkatkan lagi daya usaha mereka dalam pencapaian akademik.

7  

Program seumpama ini sangat berhasil bagi membantu pelajar untuk didedahkan dengan pelbagai isu dan pengetahuan teknologi. Harapan kami agar lebih banyak pelajar fakulti komputer menyertai program sebegini pada masa depan.

Disediakan oleh : Nik Intan Syahiddatul Ilani binti Jailani

 

Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Sitemap | We are part of  ms ia logo

Faculty of Computer Systems & Software Engineering (FSKKP)
Universiti Malaysia Pahang
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang,
Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 2133 (Hotline) | Postgraduate: +609 549 2204 | Undergraduate: +609 549 2147 | Technical: +609 549 2157        
Fax: +609 549 2144 (Main) | Technical: +609 549 2156
Email: fskkp@ump.edu.my

ump-helpdeskUMP HELPDESK
Complaint / Feedback

ump-speakupSPEAKUP!
Let us know

Copyright © 2014 . Universiti Malaysia Pahang
Guide: For best desktop view, please use Internet Explorer 11 or above with resolution 1280 x 800 pixel.