FSKKP - Official Portal

FACULTY OF COMPUTER SYSTEMS & SOFTWARE ENGINEERING (FSKKP)

Mobility Programme Students Climbing Panorama Hill

 11th March 2018 - Fakulti Sistem Komputer Dan Kejuruteraan Perisian (FSKKP) telah menganjurkan ekspedisi mendaki Bukit Panorama di Sungai Lembing, Pahang. Program ini melibatkan 10 staf fakulti, 13 pelajar mobiliti iaitu dua orang dari China, lima orang dari Bangladesh, enam orang dari Indonesia termasuk 11 orang pelajar FSKKP. Ekspedisi mendaki bukit ini bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan disamping menguji ketahanan mental dan fizikal peserta.

1 2

 Program mendaki bukit ini bermula tepat pada pukul 4:45 pagi. Semua peserta dibekalkan dengan sarapan pagi roti bersama air mineral. Tepat jam 5:15 pagi, bas mula bertolak dari UMP, mengambil masa selama setengah jam perjalanan untuk sampai ke destinasi yang dituju. Setibanya di destinasi, pelajar diturunkan berdekatan dengan Masjid Sg. Lembing. Ekspedisi mendaki Bukit Panorama bermula seawall jam 6:15 pagi. Perjalanan untuk ke puncak bukit adalah mengambil masa selama 60 minit termasuk masa berhenti melepaskan rasa keletihan. Keadaan Bukit Panorama tidaklah begitu tinggi, namun ianya agak curam dengan laluan anak tangga. Ini menyebabkan ramai peserta kerap berhenti.
Kegigihan peserta mendaki hingga ke puncak telah memberi hasil yang lumayan. Walaubagaimanapun, pemandangan matahari terbit di halang dengan keadaan hujan yang agak lebat. Peserta amat bernasib baik kerana hujan turun tidak terlalu lama. Aktiviti mengambil gambar di puncak Bukit Panorama bermula setelah hujan berhenti.

3

 Salah seorang pelajar mobiliti dari Indonesia, Fatikha 18, yang mengambil Kursus Kejuruteraan Grafik & Multimedia, beliau berkata “Kami semua sangat teruja kerana kami dibawa ke salah satu tempat yang menarik di Kuantan. Kami juga bisa berinteraksi lebih banyak dengan pelajar-pelajar pogram mobiliti yang lain ketika kami mendaki bukit itu. Kami hampir– hampir mahu tarik diri, tapi Alhamdulillah kami berjaya sampai ke puncak walaupun kepenatan. Sayang sekali setibanya di atas kami tidak dapat melihat matahari terbit kerana hujan. Tapi ini adalah pengalaman buat kali pertama-nya ke sana dan ianya sangat menarik”

Setelah semua pelajar mengambil gambar di puncak Bukit Panorama, semua peserta menuruni bukit dan berkumpul di Medan Selera Sg. Lembing berdekatan dengan Muzium Sungai Lembing untuk bersarapan. Program berakhir pada pukul 10.30 pagi dan semua peserta bergerak pulang ke UMP.

4 5

 

6 7

 

Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Sitemap | We are part of  ms ia logo

Faculty of Computer Systems & Software Engineering (FSKKP)
Universiti Malaysia Pahang
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang,
Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 2133 (Hotline) | Postgraduate: +609 549 2204 | Undergraduate: +609 549 2147 | Technical: +609 549 2157        
Fax: +609 549 2144 (Main) | Technical: +609 549 2156
Email: fskkp@ump.edu.my

ump-helpdeskUMP HELPDESK
Complaint / Feedback

ump-speakupSPEAKUP!
Let us know

Copyright © 2014 . Universiti Malaysia Pahang
Guide: For best desktop view, please use Internet Explorer 11 or above with resolution 1280 x 800 pixel.