FSKKP - Official Portal

FACULTY OF COMPUTER SYSTEMS & SOFTWARE ENGINEERING (FSKKP)

Notice

Simple Image Gallery Notice: Joomla!'s /cache folder is not writable. Please correct this folder's permissions, clear your site's cache and retry.

FYPro-Com Exhibition 2016

Projek Sarjana Muda I, II (PSM), Projek Tahun Akhir (PTA) dan Projek Sarjana(PS) merupakan satu kursus wajib diambil oleh pelajar. Pelajar yang terlibat perlu melaksanakan proposal projek untuk melengkapkan proses mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari pembelajaran sebelum dan semasa dalam usaha menyelesaikan masalah secara kajian dan melahirkan saintis komputer yang cekap. Selain itu program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar FSKKP tahun 2 khususnya dan pelajar UMP amnya mengenai projek-projek yang akan dihasilkan oleh pelajar  tahun akhir di FSKKP.

Antara objektif FYPro-Com Exhibition ini adalah: 

- Bagi menggalakkan pelajar menghasilkan projek yang berinovasi dan kreatif.
- Mewujudkan suasana persaingan di antara pelajar untuk menghasilkan projek yang menepati piawaian yang ditetapkan fakulti.
- Menanamkan sikap ingin menghasilkan projek yang terbaik dengan mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari.
- Pendedahan kepada pelajar-pelajar tahun 1 dan tahun 2 berkenaan dengan projek tahun akhir.
- Mendapat maklumbalas dari industri terhadap hasil kerja pelajar. 
- Menghargai jasa penyelia yang sama-sama menyumbang kepakaran dan tenaga untuk mendidik pelajar PSM/PTA/PS
- Sebagai platform kepada pelajar untuk sertai Exhabition yang lagi besar seperti CITREX

Seramai 92 orang pelajar FSKKP yang telah membentangkan hasil projek tahun akhir mereka pada karnival ini. Mereka terdiri daripada 7 orang pelajar Pascasiswazah, 57 orang pelajar Prasiswazah serta 28 orang pelajar Diploma. Antara penilai luar yang telah dijemput menjadi penilai untuk finalis adalah:

1. Dr. Mohd Fared Bin Abdul Kadir - Penyelidik, Photonics R&D Mimos
2. Mohamad Hanizan Bin Md Nor - Ketua Jabatan Matematik, Kolej Matrikulasi Pahang
3. Muhammad Manoj Rao - Project Manager, Electric Library Malaysia
4. Masrulehsan Mamat - Ketua Unit IcCT, Kolej Matrikulasi Pahang
5. Fadni Bin Forkan - Pegawai Teknologi Maklumat, Unit Teknologi Maklumat Politeknik Muadzam Shan
6. Pn Sohailah Binti Safie - Pegawai Penyelidik, Centre For Artificial Intelligence & Robotic (CAIRO)

 

{gallery}fyprocom2016{/gallery}

 

Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Sitemap | We are part of  ms ia logo

Faculty of Computer Systems & Software Engineering (FSKKP)
Universiti Malaysia Pahang
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang,
Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 2133 (Hotline) | Postgraduate: +609 549 2204 | Undergraduate: +609 549 2147 | Technical: +609 549 2157        
Fax: +609 549 2144 (Main) | Technical: +609 549 2156
Email: fskkp@ump.edu.my

ump-helpdeskUMP HELPDESK
Complaint / Feedback

ump-speakupSPEAKUP!
Let us know

Copyright © 2014 . Universiti Malaysia Pahang
Guide: For best desktop view, please use Internet Explorer 11 or above with resolution 1280 x 800 pixel.