FSKKP - Official Portal

FACULTY OF COMPUTER SYSTEMS & SOFTWARE ENGINEERING (FSKKP)

Lawatan Kerja Rasmi Pengurusan FSKKP ke MOTOROLA SOLUTIONS SDN BHD

Pulau Pinang, 4 Ogos – Pihak Pengurusan Tertinggi Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) telah berpeluang untuk mengadakan lawatan kerja rasmi ke Motorola Solutions Sdn Bhd yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ini adalah kesinambungan daripada kesudian pihak Motorola Solutions menerima jemputan sebagai penceramah bagi program Industrial Talk sempena Minggu Kerjaya UMP 2016 yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Jalinan Industri & Masyarakat (JJIM) baru-baru ini.

Delegasi FSKKP terdiri daripada 9 orang yang diketuai oleh Dekan FSKKP, Prof. Dr. Kamal Zuhairi bin Zamli tiba di Motorola Solutions pada kira-kira pukul 9.30 pagi. Delegasi kami disambut oleh wakil mereka iaitu Ms. Shing Chyong June Lee. Lawatan kami dimulakan dengan pembentangan oleh pihak Motorola Solutions yang disampaikan oleh Ms. Chuah Li Li, Senior Engineering Manager. Beliau menerangkan sejarah penubuhan dan hala tuju syarikat serta pencapaian Motorola sehingga kini.

01

Selesai pembentangan, giliran FSKKP pula melakukan pembentangan yang disampaikan oleh Dekan, Prof. Dr. Kamal Zuhairi Zamli. Dekan menerangkan serba sedikit tentang latar belakang UMP dan fakulti serta objektif lawatan rasmi ini.

02

Secara ringkasnya, pihak Motorola Solutions sangat mengalu-alukan kedatangan kami dan berminat untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat. Mereka sangat memerlukan bantuan daripada FSKKP untuk membekalkan pelajar yang mahir dalam bidang programming khususnya. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Engineering Section Manager, En. Sim Teong Sin. Antara perkara lain yang dibincangkan ialah sumbangan Motorola dalam subjek atau silibus kurikulum yang diajar di fakulti, penempatan staf FSKKP di sana dan peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan serta pengkomersilan.

Selesai sesi perbincangan, kami dibawa melawat ke sekitar bangunan Motorola yang mempunyai 7 tingkat. Antara tempat yang dibawa ialah Box Test Automation Lab dan Audio Lab. Kemudian kami dihidangkan dengan jamuan tengahari sebelum bersurai. Semasa makan tengahari, Dr. Hari Narayanan, Managing Director sempat meluangkan masa sebentar sebelum kami beredar meninggalkan Motorola Solutions.

03

04

06

Selesai lawatan di Motorola Solutions, kami bergerak menuju ke USAINS Holding Sdn Bhd (USAINS) bagi melihat satu bengkel yang melibatkan beberapa buah universiti awam iaitu UMP, UniMAP, UTeM, UTHM dan USM anjuran Motorola Solutions Sdn Bhd. UMP diwakili oleh pelajar-pelajar daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik yang diketuai oleh Cik Norasyikin Fadilah, Pensyarah FKEE. Kami disambut oleh wakil Motorola yang bertugas di sana. Bengkel ini yang dijalankan selama kira-kira 10 minggu adalah bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar yang terpilih menghasilkan suatu ciptaan yang boleh dikomersilkan.

07 

Kesimpulan daripada lawatan ringkas ini, pihak fakulti merasakan terdapat pelbagai peluang terhidang yang dapat digunakan oleh fakulti terutamanya dalam mencapai sasaran seperti mana yang ditetapkan oleh pihak pengurusan tertinggi universiti kepada fakulti. Antara hasil daripada perbincangan yang diadakan, pihak Motorola Solutions bersetuju dan bersedia untuk membantu FSKKP dalam silibus kurikulum pada masa akan datang. Selain itu juga mereka sudi menerima tawaran untuk menjadi salah seorang Penasihat Panel Industri (IAP). Semoga lawatan seperti ini dapat dianjurkan lagi di masa akan datang.

 

 

 

 

 

Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Sitemap | We are part of  ms ia logo

Faculty of Computer Systems & Software Engineering (FSKKP)
Universiti Malaysia Pahang
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang,
Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 2133 (Hotline) | Postgraduate: +609 549 2204 | Undergraduate: +609 549 2147 | Technical: +609 549 2157        
Fax: +609 549 2144 (Main) | Technical: +609 549 2156
Email: fskkp@ump.edu.my

ump-helpdeskUMP HELPDESK
Complaint / Feedback

ump-speakupSPEAKUP!
Let us know

Copyright © 2014 . Universiti Malaysia Pahang
Guide: For best desktop view, please use Internet Explorer 11 or above with resolution 1280 x 800 pixel.