FSKKP - Official Portal

FACULTY OF COMPUTER SYSTEMS & SOFTWARE ENGINEERING (FSKKP)

Lawatan Kerja Rasmi Pentadbiran dan Teknikal FSKKP ke UTHM & UTeM

20 Oktober - Seramai 27 orang staf terdiri daripada 8 orang staf dari pengurusan tertinggi, 7 orang staf dari bahagian pentadbiran dan 12 orang staf dari bahagian teknikal fakulti telah menyertai lawatan kerja rasmi ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Lawatan ini telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 19 & 20 Oktober 2016.

Lawatan ini adalah bertujuan membentuk satu hubungan kerjasama yang positif di antara Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Hubungan kerjasama ini adalah sebagai penanda aras dalam menambahbaik perlaksanaan urusan pengurusan, pentadbiran dan teknikal fakulti.

Selain itu, tujuan lawatan ini juga adalah sebagai perkongsian maklumat mengenai pembangunan dan kemudahan yang disediakan di bahagian pentadbiran dan juga di bahagian teknikal. Antaranya ialah berkongsi maklumat berkenaan kemudahan makmal komputer yang disedia, proses kerja, sistem, prosedur dan “best practice” di antara FSKKP dengan FSKTM dan FTMK.

UTHM dan UTeM dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan kemudahan terkini serta berteknologi tinggi. Ia memberi kemudahan kepada para pelajar dan para penyelidik untuk membuat kajian dan seterusnya menghasilkan produk inovasi yang bermutu dan mempunyai nilai komersil.

Hasil daripada lawatan kerja ini, sedikit sebanyak dapat menimba pengalaman serta memberi gambaran idea yang boleh dilaksanakan dalam pembangunan fakulti kampus Pekan. Disamping itu juga, ianya dapat meneruskan usaha untuk berkongsi “best practice” yang diamalkan dalam rutin kerja disamping mempelajari proses-proses, sistem, aliran kerja dan prosedur untuk merangsang amalan kerja yang berkesan.

1
Taklimat dan perbincangan antara FSKKP dan FSKTM

2
Lawatan ke makmal FSKTM

3
Penyampaian cenderamata dari pihak FSKKP kepada wakil FSKTM

4
Gambar delegasi bersama staf FSKTM

5
Taklimat dan perbincangan antara FSKKP dan FTMK

6 1 6 2
Lawatan ke makmal FTMK

7
Penyampaian cenderamata dari pihak FSKKP kepada wakil FSKTM

8
Gambar delegasi bersama staf FSKTM

 

 

 

 

Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Sitemap | We are part of  ms ia logo

Faculty of Computer Systems & Software Engineering (FSKKP)
Universiti Malaysia Pahang
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang,
Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 2133 (Hotline) | Postgraduate: +609 549 2204 | Undergraduate: +609 549 2147 | Technical: +609 549 2157        
Fax: +609 549 2144 (Main) | Technical: +609 549 2156
Email: fskkp@ump.edu.my

ump-helpdeskUMP HELPDESK
Complaint / Feedback

ump-speakupSPEAKUP!
Let us know

Copyright © 2014 . Universiti Malaysia Pahang
Guide: For best desktop view, please use Internet Explorer 11 or above with resolution 1280 x 800 pixel.